Wednesday, August 24, 2011

Renungkan Sabda Nabi Muhammad SAW

1- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah"
2- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S.
Dilipat gandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah
puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. danDia akan terus memberikan
pahala kepada sekalian" (Riwayat Muslim)
3- Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada
malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)
4- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan
kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)
5- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu
fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah
menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.
6- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah
kebebasan dari api neraka"
7- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah
puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua
ketika menghadap Ilahi"
8- Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan
dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"
9- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya
(Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati
semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah).
10-Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam haripada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)
11-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa
orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat
Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)
12- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa
ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan
puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t."
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
13- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga
dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi
keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)
14- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar
menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha
(perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)
15- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya
(sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)
16- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat
wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada
rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)
17- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah
(gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orangpuasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepanmatanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)
18- Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku
yang lebihAku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)"
(Riwayat Al-Tarmizi)
19-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang
amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya"
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)
20-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab
(berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang
Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
21-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh
setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh
enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)
22-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk
menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari,
Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)
23-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang
jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)
24-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan
mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)
25-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung
dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat
Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

26-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman
daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka
kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)
27-Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka
bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat
Ahmad, Malik & An-Nasai)
28-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah
terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
29-Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:"Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah iabercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
30-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepadaAllah
s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan
baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)
31-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak
perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak
sayang anak lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia
kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)
32-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang
tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya
Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku"(Riwayat Bukhari)
33-Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan.dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa padabulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

34-Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu
mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing,
tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)
35-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya
bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" ( RiwayatBukhari )
36-Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta
kamu, nescaya akan digantikan semula olehAllah kepadamu" (Riwayat Bukhari Muslim)
37-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah
dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)
38-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan
silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan
menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan
keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)
39-Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika
menjual,membeli dan menagih hutang" (Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)
40-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya
waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta
rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu
selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)
41-Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu
menghadap Allah s.w.t. membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang,
melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu: Aku persaksikan kepada kamu
bahawaAku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi
diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi).