Monday, July 13, 2009

SCORPIAN: PEMANSUHAN PPSMI

http://www.duniatiger.blogspot.com

PEMANSUHAN PPSMI

Pemansuhan PPSMI adalah satu keputusan yang amat bijak sekali yang di buat oleh kerajaan Malaysia demi kepentingan anak2 bangsa Malaysia yang mendaulatkan bahasa ibunda kepersada antarabangsa. Keputusan ini juga sangat ditunggu2 oleh rakyat Malaysia yang selama ini tidak berapa setuju bahasa English terlalu dibanggakan . Tapi tidak semestinya kerajaan tidak mementingkan BI. Tidak semestinya anak2 kita tidak maju jika PPSMI itu dimansuhkan. Kita tengok seperti di China...negara itu maju walaupun tidak ditekan kan dalam BI....Kerajaan memang sangat prihatin kepada rakyat ditambah di bawah kepimpinan YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.dengan slogannya yang begitu mantap "1 MALAYSIA" RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN"

Wednesday, June 17, 2009

PAS RETAK?

Timbalan Presiden Pas disaran sertai Umno jika sokong kerajaan perpaduan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen Bachok jika terus menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, lebih baik Nasharuddin menyertai Umno kerana tindak-tanduknya mencetuskan kecelaruan dalam parti.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (berbincang dengan Umno), lebih baik dia masuk Umno. Terus terang saya sebut, lebih baik masuk Umno dan letak jawatan timbalan dan di Bachok. Apa buat sampah ni, menyusahkan orang.

"Dia tak tahu susahnya orang dari dalam dan luar Kelantan telefon dan berjumpa saya, menangis (kerana tak setuju dengan kerajaan perpaduan). Dia masuk Umno senang daripada duduk bertenggek dalam Pas...tak boleh dan tak ada moral kita panggil tu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini, semalam. Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Nasharuddin kelmarin, yang menyifatkan respon Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sebagai serius dan akan memaklumkannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

Perdana Menteri sebelum itu berkata, beliau melihat Pas ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan Abdul Hadi dan Umno tidak pernah menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan kepada negara.

Nik Abdul Aziz semalam bagaimanapun mengulangi kenyataannya bahawa idea kerajaan perpaduan tidak sepatutnya ditimbulkan kerana ia tiada dalam agenda rasmi Pas serta tidak dibawa ke meja perbincangan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya ulangi kenyataan saya sebelum ini, isu perpaduan bukan datang dari Pas tetapi lontaran peribadi pihak tertentu. Kalau Perdana Menteri sebut dari Pas, itu tak betul kerana ia tak ada dalam agenda mesyuarat Pas dan Pakatan Rakyat, itu bukan pendirian rasmi Pas," katanya.

Beliau berkata, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan boleh diperhalusi jika perkara itu dibincangkan dan mendapat persetujuan Pas serta parti lain dalam Pakatan Rakyat.
"Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan Pakatan Rakyat. Kalau Pas dan Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya, tetapi perkara ini tak dibincangkan. Jadi mana boleh nak besarkan benda ni. Sebab itu saya kata kerja ini boneka Umno.

"Kalau semua setuju, Pas setuju, Pakatan setuju, maka semua akan jadi anggota kerajaan, orang DAP jadi menteri, orang Pas jadi menteri, PKR dan Umno jadi menteri, barulah benar-benar perpaduan. Tetapi sekarang ini bukan perpaduan, ini perpecahan," katanya.

Nik Aziz mendakwa, tindak-tanduk segelintir pihak dalam Pas yang menyokong idea berkenaan menyebabkan parti itu sudah masuk perangkap Umno sehingga berdepan kecelaruan dan menjadikan hubungan dalam pakatan pembangkang semakin kalut.
"Umno sekarang tengah berpesta kerana Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan Pakatan Rakyat kalut, jadi bercelaru," katanya.

RENUNGAN:MANUSIA YANG MEMPUNYAI DENDAM YANG SUDAH MENUSUK DI KALBU TAKKAN HILANG SAMPAI BILA..SEBAIKNNYA KITA IKUTLAH SIFAT RASULLULLAH ORANG SENDIRI NAK BERSATU DENGAN KITA, APALAGI? JANGANLAH KITA EGO SANGAT, NANTI AKAN MEMAKAN DIRI SENDIRI...HIDUP MELAYU!!!!!
SUMBER:BH

Monday, June 1, 2009

GUNA ISA

SIAPA2 SAJA YANG MENCADANG DAN MENYOKONG SARANAN MEMBAWA MASUK BEKAS KETUA PARTI KOMUNIS MALAYA 9 PKM ), CHIN PENG PULANG KE MALAYSIA, PERLU DITAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA).
PRESEDIN PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA (PBTM), DATUK MUHAMMAD ABDUL GHANI BERKATA, PIHAK BERKENAAN ADALAH 'KOMUNIS' KERANA CUBA UNTUK MEMBAWA FAHAMAN KOMUNIS KE MALAYSIA.
Sumber:BERNAMA

Sunday, March 22, 2009

PULIH & BANGUNKAN UMNO SEMULA

SAYA AMAT SETUJU DENGAN PENDAPAT TDM SUPAYA UMNO MESTI DIPULIHKAN,DIKUATKAN DAN DIBANGUNKAN SEMULA AGAR IANYA TIDAK HANCUR LEBUR OLEH PEMIMPIN UMNO SENDIRI. ALANGKAH RUGINYA SEKIRANYA PEMIMPIN KITA HANYA PENTINGKAN JAWATAN DARIPADA MENYELAMATKAN PARTI UMNO YANG TELAH BERDIRI TEGAK SELAMA LEBIH 50 TAHUN MENTADBIR NEGARA DENGAN BAIK.OLEH ITU SEDARLAH SEMUA PEMIMPIN2 UMNO JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Sunday, January 11, 2009

ISRAEL KEJAM

Dengan Bismillahirrahmanirrahim....
Mudah2an negara Israel akan hancur lebur di telan bumi disebabkan oleh kekejamannya...