Thursday, December 18, 2008

NABI MUHAMMAD PEMIMPIN TERUNGGUL

YAKIN DAN PERCAYALAH BAHWA NABI MUHAMMAD SAW ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG TERUNGGUL, TERBILANG DI MUKA BUMI INI... AMIN YARABBALA'LAMIN..

Tuesday, November 25, 2008

PENGHARAMAN SENAMAN YOGA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TELAH MENGHARAMKAN AMALAN SENAMAN YOGA YANG MANA BOLEH MEMESONGKAN AMALAN ORANG ISLAM KHUSUSNYA...

Monday, October 20, 2008

JANGAN TUDUH TPM

TPM nafi keluar manifesto tawar diri bertanding
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan sebarang manifesto menyokong penawarannya bagi jawatan Presiden UMNO yang disiarkan oleh sebuah portal berita Internet Malaysiakini semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini, ia menyatakan bahawa laporan Malaysiakini dengan jelas adalah palsu dan mengelirukan."

"Keputusan Malaysiakini untuk menyiarkan berita itu sangat tidak beretika kerana mereka gagal mencari kesahihan perkara tersebut dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menerbitkannya," katanya.
Ia menyatakan perilaku Malaysiakini dikesali dan tidak diterima.
"Sememangnya, ia menunjukkan kecuaian dalam laporan berita itu," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon pada satu e-mel yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang kononnya daripada sebuah "Kumpulan Sokongan Najib" mengandungi apa yang dipanggil manifesto yang kononnya dikaitkan dengan Najib dan Malaysiakini, tanpa sebarang pengesahan daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menyiarkan kandungan e-mel itu.

Ia menyatakan adalah penting untuk Malaysiakini menyiasat punca e-mel yang bertujuan jahat bagi ia membersihkan nama dan reputasinya.
"Malaysiakini telah memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, adalah harapan kita bahawa Malaysiakini dan portal berita lain, tanpa mengira dasar editorial mereka, akan menjaga dirinya dalam cara yang beretika dan profesional.

"Berita palsu ini adalah langkah yang terkini dan jelas menunjukkan satu usaha yang dibuat bersama dengan pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Ia menyatakan kebelakangan ini, sejak Pelan Peralihan UMNO dipercepatkan ke Mac tahun depan, terdapat satu usaha yang konsisten dan berterusan oleh sesetengah laman web untuk mereka-reka dan menyiarkan laporan palsu dan berniat jahat untuk menjejaskan nama Timbalan Perdana Menteri.

"Kita harap orang ramai, khasnya pembaca laman web itu mampu membezakan kebenaran daripada kepalsuan apabila membaca bahan-bahan yang disiarkan," katanya.

- Bernama

Tuesday, October 14, 2008

TIM.MENTERI PENERANGAN USAH BANGKITKAN KEMARAHAN MELAYU

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe tidak wajar membangkitkan kemarahan orang Melayu dengan menyamakan asal usul orang Melayu dengan asal usul setiap kaum di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin.

Beliau berkata, sebagai seorang timbalan menteri dan pemimpin parti dalam Barisan Nasional (BN), sewajarnya Lian Hoe faham dan menghormati parti komponen lain terutama UMNO.

"Jangan rosakkan hubungan antara kaum yang telah terbina, isu ini sepatutnya tidak ditimbulkan," tegas beliau pada sidang akhbar selepas majlis hari raya Yayasan Pendidikan Cheras dan Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Fuad Zarkashi.

Lian Hoe pada persidangan Gerakan Jumaat lalu memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.

Beliau dipetik sebagai berkata: "Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India."

Khaled berkata, orang Melayu tidak sepatutnya dianggap pendatang kerana Melayu telah mempunyai kerajaan bermula abad ke-15 lagi iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Ini adalah kawasan Nusantara, orang Melayu adalah dari kepulauan ini dan telah lama membina tamadun di negara ini," jelas beliau.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan perlu mengkaji semula penganjuran rumah terbuka perayaan, Khaled berkata:

"Amalan ini tidak sepatutnya dihapuskan kerana ia penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum kerana ia dapat mendedahkan rakyat dengan budaya lain.

"Ini penting bagi memastikan rakyat saling hormat-menghormati terutamanya di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.''
UTUSAN MALAYSIA -151008

Wednesday, October 8, 2008

PENGUNDURAN "PAK LAH"

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac depan, sekali gus membuka laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri jika menang dalam pemilihan itu.

Keputusan yang menyaksikan proses peralihan kuasa setahun lebih awal itu diumumkan Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang semalam.

"Keputusan ini muktamad dan saya buat ini semua untuk Umno dan BN kerana saya sayangkan kedua-dua parti ini," kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mesyuarat kira-kira 90 minit itu.

Hadir sama ialah Najib dan semua pemimpin tertinggi parti komponen BN. Pada mesyuarat itu, semua pemimpin parti komponen BN turut menyampaikan pandangan dan ucapan terima kasih sebagai menghargai jasa serta sumbangan Abdullah kepada negara dan rakyat.

Sebelum ini, Abdullah menetapkan Jun 2010 sebagai tarikh untuk berundur daripada parti dan kerajaan, tetapi Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini membuat keputusan menunda pemilihan dan perhimpunan agung parti dari Disember ini ke Mac tahun depan bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa itu.

Terdahulu, dalam kenyataan lapan perenggan yang dibacakannya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata kepentingan negara dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 45 tahun sebagai penjawat awam dan wakil rakyat.
"Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung akan datang. Saya tidak mahu melihat Umno dan BN berpecah belah.

"Umno dan BN perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global supaya kita berjaya menjadi negara maju dan menjamin kesejahteraan serta adil untuk semua. Tempoh saya sebagai Presiden Umno akan tamat pada Mac 2009," katanya.

Abdullah berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau melihat negara melangkah maju dari sebuah negara miskin kepada negara moden dan disegani.
"Walaupun prestasi negara membanggakan, ia masih berada di persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan dan mempercepatkan evolusi serta proses kematangan.

"Jika kita gagal membuat perubahan itu, segala pencapaian selama lebih 50 tahun mungkin tergadai. Oleh itu dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati," katanya.

Ditanya perasaan beliau kerana terpaksa berundur sebelum tempoh Parlimen sekarang, Abdullah berkata: "Saya rasa biasa saja. Parti BN masih kekal memimpin kerajaan dan saya percaya kerajaan ini akan kekal kukuh untuk menghadapi pilihan raya umum yang seterusnya dan Insya Allah kita akan menang."

Mengenai tarikh sebenar beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri, Abdullah berkata penggantinya akan mengambil alih jawatan itu dan beliau berharap Najib akan menang pada pemilihan parti akan datang.

"Saya kata harap kerana Najib perlu bertanding sebagai Presiden dan saya percaya dia boleh menang. Lepas Najib jadi Presiden, saya akan serah pada Najib. Kami akan bincang perkara itu," katanya sambil mengakui pemimpin BN menerima baik Najib sebagai penggantinya.

Abdullah menjelaskan, semua pemimpin komponen BN melahirkan pandangan tanpa sebarang paksaan dan beliau tidak memujuk mereka supaya menyokong Najib.

"Lebih baik anda semua tanya mereka sendiri. Saya bukan kempen untuk Najib," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan memilih pemimpin yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mengenai kemungkinan ada bahagian Umno mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden, Abdullah berkata: "Saya dah maklumkan lebih awal... buat apa nak calonkan lagi."
Abdullah juga mengakui prestasinya yang kurang baik pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu adalah antara sebab beliau membuat keputusan berundur lebih awal.

"Sudah tiba masanya untuk pemimpin di kalangan generasi baru mengambil alih. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya lakukan dan apa juga maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak itu adalah hak individu," katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN 091008

Tuesday, October 7, 2008

FIKIR BAIK2 REBUT JAWATAN UTAMA UMNO

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan ahli-ahli parti yang menawarkan diri secara terbuka untuk merebut beberapa jawatan utama dalam UMNO memikirkan dengan betul-betul apakah tujuan dan matlamat sebenar mereka menawarkan diri.

Menurutnya, mereka perlu memikirkan baik-baik hasrat tersebut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

''UMNO tidak menghalang atau menyekat sesiapa sahaja ahli parti untuk bertanding kerana UMNO mengamalkan demokrasi,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ke-14 Jawatankuasa Bersama Perdagangan Malaysia-Australia di sini hari ini.

Mengulas mengenai minat mendadak ahli-ahli parti dan lebih mengejutkan dengan hasrat Ketua Cawangan UMNO Kampung Umbai, Pekan, Pahang, Mohammad Hanapi Salleh bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, beliau berkata, mereka ini perlu memikirkan semasak-masaknya hasrat tersebut.

Berhubung pendirian beberapa pemimpin UMNO mengumumkan keinginan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin berkata, beliau akan membuat kenyataan selepas pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nanti.

Setakat ini, mereka yang telah menawarkan diri secara terbuka untuk bertanding jawatan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ditanya mengenai pandangan beberapa ahli parti yang melihat persaingan merebut jawatan-jawatan utama parti dilihat seolah-olah UMNO semakin teruk seperti tidak ada pemimpin, beliau berkata, itu adalah pendirian masing-masing.

''Bagi saya adalah pihak yang ada kepentingan, pandangan-pandangan tersebut perlu diambil kira,'' katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin sekali lagi menegaskan beliau hanya akan mengumumkan pendirian bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian masing-masing.

Menurutnya, beliau perlu menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Abdullah sebelum disusuli oleh pendirian daripada Najib.

''Selepas itu, barulah saya akan buat keputusan. Setakat ini, saya belum membuat sebarang pendirian.

''Kalau mungkin Perdana Menteri buat pengumuman esok, saya jangka Najib akan nyatakan pendirian untuk jawatan Presiden, saya jangka begitu.

''Kalau ada ruang terbuka, saya akan buat kenyataan yang tertentu,'' katanya.SUMBER : UTUSAN MALAYSIA - 081008

Tuesday, September 23, 2008

BERSATULAH

WAHAI BANGSAKU ORANG MELAYU.. BERSATULAH KITE SEMUA MENJADI SATU BANGSA YANG DI HORMATI & DISANJUNGI..

Wednesday, September 17, 2008

SOALAN :JIKA UMNO YANG TELAH BANYAK MENCURAH JASA BAKTI KEPADA SEMUA PENDUDUK NEGARA INI BOLEH DIANCAM OLEH ELEMEN2 YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, MAKA SUDAH TENTU AGAK SUKAR BAGI PARTI2 LAIN MENGAMBIL ALIH TUGAS YANG TELAH DIJALANKAN OLEH UMNO SELAMA INI, JADI APAKAH TANGGUNGJAWAB RAKYAT TERHADAP KESTABILAN POLITIK NEGARA KITA,MALAYSIA?

Tuesday, September 16, 2008

PERPADUAN

RAKYAT MALAYSIA DIMINTA SUPAYA BERSATU PADU DEMI MENJAGA PERPADUAN KAUM YANG TELAH LAMA TERJALIN DI NEGARA KITA MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

Sunday, September 14, 2008

PERPADUAN

RAKYAT MALAYSIA HARUS BERSATU PADU BAGI MENJAGA PERPADUAN KAUM YANG SEKIAN LAMA SUDAH TERBENTUK..

PERPADUAN

RAKYAT MALAYSIA HARUS SEPAKAT BERSATU PADU MENYOKONG DASAR2 KERAJAAN & BERSYUKUR KE ATAS NIKMAT KEMERDEKAAN MENERUSI WADAH PERJUANGAN BARISAN NASIONAL IAITU PARTI UMNO DI MALAYSIA...